Sering terdengar dakwaan lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan demikianlah sebaliknya. Apakah maksud “baik” dalam dakwaan ini kerana kadangkala apa yang berlaku amat berbeza?
Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal shalih dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.
Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu secara bersama.





0 comments:
Post a Comment